Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bajet Johor 2023: Langkah bakal diambil legakan kesesakan Koswe

Anggaran Waktu Membaca:

ISKANDAR PUTERI: Langkah mengurangkan kesesakan di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru adalah antara inisiatif yang diumumkan semasa pembentangan belanjawan negeri Johor 2023 pada Khamis (1 Dis).

Dalam membentangkan belanjawan tersebut, Menteri Besar Johor Onn Hafiz menjelaskan bahawa sejak sempadan antarabangsa dibuka semula secara sepenuhnya pada 1 April 2022, 211,000 orang secara purata melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI), yang menempatkan CIQ, setiap hari.

Beliau menegaskan bahawa langkah-langkah akan dikuatkuasakan untuk mengurangkan kesesakan di Koswe.

Antara langkah yang akan dilaksanakan termasuk penstrukturan semula lorong keluar masuk Johor bagi motosikal dan kereta.

Bagi mempercepat proses imigresen untuk rakyat Malaysia, beliau menambah bahawa akan ada lebih banyak pintu elektronik e-gate bagi mereka yang berjalan kaki atau menaiki bas.

Kerajaan negeri dikatakan sedang meninjau kebolehlaksanaan membenarkan kenderaan-kenderaan ringan untuk menggunakan laluan lori "sebagai laluan alternatif" semasa waktu sibuk.

Encik Onn Hafiz juga mengumumkan bahawa warga asing tidak lama lagi akan dapat menggunakan e-gate bagi pemprosesan imigresen automatik.
Antara inisiatif lain yang akan dilaksanakan ialah menaik taraf lebuh raya di Johor Bahru.

Langkah itu bagi melancarkan pergerakan orang ramai di dalam dan sekitar projek Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Apabila RTS mula beroperasi pada hujung 2026, perkhidmatan itu dijangka mempunyai kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.
 
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan