Skip to main content

Dunia

Bajet 2023 M'sia dibentang pada 7 Okt; 3 minggu lebih awal

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Bajet 2023, yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober, dilaporkan akan dibawa ke hadapan iaitu pada 7 Oktober.

Memetik laporan The Star, perubahan tarikh itu menjadikan tiga minggu lebih awal dari tarikh yang disebut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini.

Laporan yang ditulis oleh penasihat Kumpulan The Star, Wong Chun Wai itu, menyebut keputusan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat (26 Ogos).

“Pemimpin kanan Barisan Nasional, dalam reaksi kepada berita itu berkata, Parlimen mungkin akan dibubarkan sejurus selepas Bajet dibentangkan,” menurut laporan The Star itu lagi.

Encik Wong menulis, menyusuli arahan Kabinet, langkah seterusnya adalah untuk memaklumkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai tarikh baru itu.

Dalam pada itu, sumber yang rapat dengan perkara berkenaan memaklumkan bahawa perkara tersebut berkemungkinan besar akan berlaku.

"Ada kemungkinan Bajet 2023 akan dibentangkan pada 7 Oktober, menurut sumber itu.

Pada 7 Ogos lalu, Encik Tengku Zafrul dilaporkan berkata, tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.

"Itu khabar angin sahaja, pada pengetahuan saya masih lagi sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen pada 28 Oktober," katanya lagi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita