Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bajet 2023 akan dibentang semula, kata Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
Bajet 2023 akan dibentang semula, kata Ismail Sabri

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. (Gambar: Bernama)

TAPAH: Bajet 2023 akan dibentangkan semula sebelum hujung tahun ini, kata Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, bajet berkenaan perlu dibentang semula memandangkan pembubaran Parlimen yang dibuat sebelum ia dibahas dan diluluskan.

"Kita dah umum bajet, macam-macam yang kita nak bagi kepada rakyat terutama orang kampung," katanya, lapor Astro Awani.

"Tetapi kita belum luluskan lagi, kita kena bentang dulu dan akan bentang sekali lagi sebelum akhir tahun ini," tambahnya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama peserta Felcra Berhad, pekebun kecil RISDA dan Tok Batin/Penghulu Orang Asli di Arena Merdeka di Tapah pada Isnin (17 Okt).

Encik Ismail Sabri memberi keyakinan, semua intipati dalam bajet berkenaan akan diluluskan dan dilaksanakan sekiranya mendapat mandat sekali lagi sebagai kerajaan, seperti dinukil Astro Awani.

"Kalau orang lain perintah, saya tidak jamin dapat apa yang dijanjikan. Kalau kita perintah dan saya sekali lagi jadi Perdana Menteri, Insya-Allah semua bajet yang dibentangkan akan kita luluskan," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan belanjawan bukan seperti janji manifesto kerana apabila sudah dibentangkan, bermakna kerajaan telah bersedia untuk melaksanakannya, menurut Astro Awani.

"Bajet apabila dibentangkan bermakna duit sudah tersedia ada, itu bezanya, duit sudah ada cuma tunggu lulus sahaja, apabila dah lulus, terus boleh dilaksanakan," katanya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan