Bahrain lapor kes pertama cacar monyet
Kementerian Kesihatan Bahrain melaporkan kes pertama cacar monyet di negara itu pada Jumaat (16 Sep), lapor Xinhua.
Anggaran Waktu Membaca:
MANAMA: Kementerian Kesihatan Bahrain melaporkan kes pertama cacar monyet di negara itu pada Jumaat (16 Sep), lapor Xinhua.
Pesakit berusia 29 tahun itu merupakan ekspatriat lelaki yang tiba di negara tersebut selepas melakukan perjalanan ke luar negara baru-baru ini, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
"Pesakit itu menunjukkan gejala dan sudahpun diasingkan sementara menerima jagaan yang sewajarnya berdasarkan protokol yang diambil," tambahnya tanpa mengulas lanjut.
Kementerian itu menyatakan ia menggunakan sistem pengesanan kontak dan sistem pengawasan penyakit untuk mengurangkan penularan virus tersebut.
Selain vaksinasi, satu pelan kecamasan dan mekanisme laporan juga dilaksanakan bagi menangani kes-kes yang disyaki cacar monyet, tambah kementerian itu.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.