Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahrain haramkan beg plastik sekali guna mulai 19 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Bahrain haramkan beg plastik sekali guna mulai 19 Sep

Gambar fail beg plastik. (Gambar: Fred Dufour/AFP)

MANAMA: Bahrain bakal mengharamkan penjualan, pengilangan, pengedaran dan pengimportan beg plastik sekali guna, dengan ketebalan kurang daripada 35 mikron mulai 19 Sep, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).

Menteri Industri, Perdagangan dan Pelancongan, Zayed Rashid Al Zayani berkata keputusan itu diambil bagi menyokong inisiatif perlindungan alam sekitar dan menghadkan pencemaran sisa plastik.

Larangan itu selari dengan usaha kerajaan memastikan persekitaran yang menyokong kemampanan dan mengurangkan pencemaran alam, katanya.

Bagaimanapun, larangan itu tidak terpakai ke atas beg plastik sekali guna dengan ketebalan lebih daripada 35 mikron, beg plastik sekali guna untuk tujuan perubatan dan beg untuk eksport.

Kementerian tersebut akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk menjayakan matlamat itu, serta menyeru orang ramai supaya bekerjasama demi memelihara alam sekitar.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan