Bahasa Korea kian popular dalam kalangan rakyat Saudi
Demam K-pop dan K-drama tidak asing di sebahagian besar dunia dan sejak kebelakangan ini semakin membara. Menurut satu laporan Arab News, warga Arab Saudi juga turut terjangkit dengan bahang K-Pop, sehingga ramai yang semakin minat mempelajari bahasa Korea.
Kumpulan sensasi K-pop, BTS. (Gambar: @bts.bighitofficial/Instagram)
JEDDAH: Demam K-pop dan K-drama tidak asing di sebahagian besar dunia dan sejak kebelakangan ini semakin membara.
Menurut satu laporan Arab News, warga Arab Saudi juga turut terjangkit dengan bahang K-Pop, sehingga ramai yang semakin minat mempelajari bahasa Korea.
Antara sebab warga Arab ingin mempelajari bahasa itu: Untuk menonton rancangan kegemaran mereka dalam bahasa yang asli, untuk merasakan sendiri budaya Korea, ataupun berpindah ke South Korea.
"Sebahagian besar murid-murid saya ingin pelajari bahasa Korea kerana ingin menikmati rancangan-rancangan tanpa perlu membaca sari kata," kata Myung Hee Park dari Sekolah Antarabangsa Korea di Jeddah kepada Arab News.
Ramai warga Saudi juga akan terbang ke Korea Selatan untuk menonton konsert dan persembahan artis-artis kegemaran mereka, tambah beliau.
Minat warga Arab Saudi terhadap Korea tidak terhenti pada hiburan sahaja.
"Ramai murid-murid saya ingin belajar di universiti Korea juga," tambah Cik Myung.
Cik Myung menambah: "Terdapat banyak persamaan budaya antara kedua-dua negara, dan saya rasa ini antara sebab mengapa warga Arab Saudi mencintai budaya Korea."
Guru bahasa Inggeris Amira Mohammad Al-Khateeb, yang sedang mempelajari bahasa Korea, berkata: "Ia salah satu bahasa yang memang sudah lama saya ingin pelajari. Saya banyak menonton drama Korea bertahun-tahun, dan pada satu ketika itu saya memberitahu diri saya bahawa saya perlu pelajari bahasa itu dengan segera. Saya sangat gembira menemui sekolah (yang mengajarnya) di Jeddah."
Beliau menambah: "Selepas mempelajari bahasa ini,saya bercadang untuk ke Korea dan menjadi guru di sana. Saya tidak mahu sekadar belajar bahasa Korea bersahaja, saya ingin menjadi sebahagian budaya Korea."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.