Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahang pilihan raya Indonesia makin panas

Menjelang berakhirnya tempoh kempen Pilihan Raya Indonesia tiga hari lagi, dua calon bagi Pilihan Raya Presiden semakin giat memancing undi di Jawa dan Sumatera, dua pulau Indonesia yang paling ramai penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:
Bahang pilihan raya Indonesia makin panas

Presiden Jokowi (kanan) dan mantan Jeneral Prabowo. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 09:23PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 09:29PM

JAKARTA: Menjelang berakhirnya tempoh kempen Pilihan Raya Indonesia tiga hari lagi, dua calon bagi Pilihan Raya Presiden semakin giat memancing undi di Jawa dan Sumatera, dua pulau Indonesia yang paling ramai penduduk.

Presiden Joko Widodo yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya mengadakan rapat di Probolinggo, Jawa Timur hari ini (10 Apr).

Pada hari ini juga pesaing beliau, Encik Prabowo Subianto mengadakan acara kempen serupa di kota Solo, Jawa Tengah yang merupakan tempat kelahiran Presiden Jokowi.

Sementara itu, agensi yang menyelia pilihan raya Indonesia baru-baru ini menerbitkan satu laporan bahawa besar kemungkinan akan terjadi pertikaian di 16 wilayah Indonesia semasa pilihan raya Presiden nanti.

Kawasan-kawasan itu termasuk Banten dan Sumatera Barat. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan