Bahan letupan ditemui dalam kereta suspek kes cubaan bunuh Trump
Gambar yang diambil pada 2021 menunjukkan pelajar Thomas Matthew Crooks yang tamat pengajian dari Sekolah Tinggi Bethel Park. Crooks dikenal pasti oleh FBI sebagai penembak yang terlibat dalam percubaan membunuh mantan presiden Donald Trump di satu kempen pilihan raya pada 13 Julai 2024. (Gambar: AP/Bethel Park School District/Gene J Puskar)
Para penguat kuasa undang-undang dilaporkan menemui bahan letupan itu semasa menyiasat kejadian tembakan pada Sabtu yang mencederakan Encik Trump dan dua yang lain selain membunuh seorang peserta rapat tersebut.
Dua bahan letupan itu ditemui para penyiasat dalam kenderaan suspek yang dikenal pasti sebagai Thomas Matthew Crooks, dengan bom ketiga mungkin disimpan di rumahnya, lapor New York Times.
Media lain turut melaporkan penemuan bahan letupan itu tetapi berbeza mengenai jumlah bahan letupan dan sama ada ia adalah bom atau bahan membuat bom.
Crooks ditembak mati oleh ejen Perkhidmatan Rahsia selepas dia melepaskan tembakan dari tempat tinggi di luar padang di Butler, Pennsylvania di mana Encik Trump sedang berucap kepada para penyokongnya menjelang Pilihan Raya Presiden pada November ini.
Pihak berkuasa masih belum dapat menentukan motif di sebalik serangan itu.
Penyerang dilaporkan menggunakan senjata api jenis AR-15 yang kerap digunakan dalam kejadian tembakan rambang di Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.