Skip to main content

Dunia

Badan Kehakiman anjur Persidangan Bersama Brunei-M'sia-SG ke-7

Anggaran Waktu Membaca:
Badan Kehakiman anjur Persidangan Bersama Brunei-M'sia-SG ke-7

Ketua Hakim Malaysia Maimun Tuan Mat. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Jul 2023 06:23PM Dikemas Kini : 22 Jul 2023 06:24PM
KUALA LUMPUR: Persidangan Kehakiman Bersama Brunei-Malaysia-Singapura ke-7 anjuran Badan Kehakiman Malaysia diadakan di sebuah hotel di Putrajaya Malaysia, semalam (21 Jul).

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menyatakan, program itu menyaksikan para hakim dan pegawai badan kehakiman ketiga-tiga negara ASEAN tersebut, terlibat dalam tiga sesi perbincangan yang ditampilkan.

Ketua Hakim Malaysia Maimun Tuan Mat, Steven Chong Wan Oon bagi Brunei Darussalam dan Sundaresh Menon mewakili Singapura, telah menyampaikan ucapan perasmian masing-masing.

Hakim Besar Menon berkata, persidangan itu merupakan platform yang amat bernilai bagi badan-badan kehakiman untuk saling bertukar pandangan, dalam isu-isu mustahak yang mempunyai kepentingan bersama.

Persidangan Kehakiman Bersama Brunei-Malaysia-Singapura Ke-7 ditubuhkan dengan tema, 'Sistem Keadilan Jenayah di ASEAN: Melangkah Ke Arah Masyarakat yang Lebih Penyayang'.
Sumber : Bernama/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita