Skip to main content

Dunia

Badan Amil Indonesia sasar kumpul dana S$62.5j untuk bina semula kemudahan awam di Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
Badan Amil Indonesia sasar kumpul dana S$62.5j untuk bina semula kemudahan awam di Palestin

(Gambar: AFP/Eyad BABA)

Diterbitkan : 31 Jan 2025 06:02PM Dikemas Kini : 31 Jan 2025 06:03PM
JAKARTA: Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) Indonesia menyasarkan untuk mengumpul dan mengagihkan dana kebajikan sebanyak 750 bilion rupiah (S$62.5 juta) untuk membina semula pelbagai kemudahan awam di Palestin, termasuk hospital, sekolah dan masjid, lapor agensi berita ANTARA.

"Bagi membangunkan kemudahan awam dengan baik, kami memerlukan anggaran belanjawan sebanyak Rp750 bilion," kata Ketua Transformasi Digital Nasional Baznas, Nadratuzzaman Hosen, seperti dipetik dalam kenyataan agensi itu pada Jumaat (31 Jan).

Beliau menekankan Baznas telah giat menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin.

Malah setakat Selasa lalu (28 Jan), sebanyak 45 lori yang membawa barangan bantuan hasil sumbangan daripada rakyat Indonesia telah memasuki Gaza melalui lintasan Rafah di Mesir.

Beliau berharap gencatan senjata yang dipersetujui antara Hamas dan Israel akan berkekalan, sekali gus membolehkan agensi kebajikan itu serta institusi lain mengagihkan bantuan dengan lebih lancar.

Selain menghantar barangan bantuan, Baznas Indonesia turut bersedia menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin yang ingin melanjutkan pengajian di negara itu.

"Kami bersedia memberikan biasiswa kepada mereka yang berminat melanjutkan pengajian di Indonesia atau negara lain. Tahun lepas, cawangan Baznas di Lampung telah menaja beberapa pelajar Gaza untuk melanjutkan pengajian di Universiti Lampung," katanya.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita