Skip to main content

Dunia

Badan amal perubatan antarabangsa berdepan keganasan, disekat pergerakan di Tebing Barat

Badan amal perubatan antarabangsa, Doctors Without Borders (MSF) menyatakan pada Ahad (21 Apr) bahawa pasukannya di Tebing Barat berdepan keganasan dan disekat pergerakan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Badan amal perubatan antarabangsa berdepan keganasan, disekat pergerakan di Tebing Barat

(Gambar: Doctors Without Borders)

Diterbitkan : 22 Apr 2024 01:38PM
ANKARA: Badan amal perubatan antarabangsa, Doctors Without Borders (MSF) menyatakan pada Ahad (21 Apr) bahawa pasukannya di Tebing Barat berdepan keganasan dan disekat pergerakan mereka.

Di Tebing Barat, MSF menyaksikan lebih banyak kejadian keganasan dan sekatan terhadap pergerakan, termasuk hadangan ke atas kemasukan ambulans," dedahnya di wadah X, lapor Anadolu Agency.

"Mereka yang mengalami kecederaan parah tidak mempunyai masa untuk menunggu bagi tiba ke hospital.

"Serangan terhadap petugas kesihatan dan gangguan kepada akses jagaan kesihatan tidak boleh diterima," ia menambah.

Serangan selama tiga hari di Tulkarem dan kem pelarian Nur Shams di bahagian utara Tebing Barat berakhir pada Ahad.

Sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin terbunuh semasa serbuan askar-askar Israel terhadap kem tersebut, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Sabtu (20 Apr).
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita