Skip to main content

Dunia

Badan amal Mona Relief agih makanan kepada keluarga memerlukan di Yaman sepanjang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
SANAA: Tidak semua yang beruntung dalam menikmati pelbagai juadah di bulan Ramadan.

Di pelosok lain dunia, ada sebahagian yang bergantung kepada badan bantuan untuk mendapatkan makanan asas.

Di Sanaa, ibu kota Yaman, sebuah badan amal setempat memulakan usaha murni menyalurkan bekalan makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di sepanjang Ramadan.

Ini terutama selepas pihak Program Makanan Sedunia (WFP) menggantung bantuan makanan ke wilayah yang dikuasai kumpulan Houthi ini.

Cik Umm Khalidah, salah seorang penerima bantuan, menyifatkan kehidupannya sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi.

Keluarganya pula besar, kerana beliau turut menjaga ibu bapa, selain anak-anaknya sendiri.

Tambahnya, sejak Ramadan bermula, mereka tidak mempunyai apa-apa makanan, walaupun hanya sebungkus kurma.

Namun badan amal Mona Relief hanya mampu mengagihkan 110 bakul makanan di Sanaa.

Ia juga kurang pasti sampai bila dapat meneruskan projek tersebut.

Encik Hassan Salim yang kehilangan tempat berlindung, menyeru para dermawan untuk tampil menyumbang kepada pertubuhan yang membantu golongan sepertinya bagi mengisi keperluan mereka.

Dengan ketandusan bantuan dari luar, usaha badan-badan amal asal Yaman kini menjadi lebih genting.
Sumber : AGENCIES/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita