Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Baby Shark' video pertama YouTube pikat 10 bilion tontonan

Anggaran Waktu Membaca:
'Baby Shark' video pertama YouTube pikat 10 bilion tontonan

Tangkap Layar : Youtube Pinkfong Baby Shark - Kid's Songs & Stories

Diterbitkan : 17 Jan 2022 08:04PM Dikemas Kini : 17 Jan 2022 08:05PM

WASHINGTON: Lagu "Baby Shark" yang menjadi kegemaran kanak-kanak di seluruh dunia berjaya mencatatkan 10 bilion tontonan di YouTube.

Ia bukan saja video yang paling ditonton melalui wadah tersebut - dengan rekod itu dicatatkan pada Nov 2020 - bahkan ia kini satu-satunya video di YouTube yang berjaya mencecah 10 bilion tontonan, dedah YouTube kepada agensi berita CNN.

Lagu tersebut, yang merupakan cetusan idea syarikat Pinkfong dari Korea Selatan dan dipersembahkan oleh penyanyi Hope Segoine ditampilkan buat pertama kali pada 2016 dan terus tular di Asia.

Sejak itu, ia sudah bertukar menjadi sebuah rancangan Nickelodeon TV yang popular.

Lebih menarik lagi, lagu tersebut turut digunakan oleh pasukan besbol Washington Nationals untuk merangsang prestasi para pemain dan menyemarakkan semangat para penyokongnya semasa menjuarai World Series pada 2019.

Selain berjaya menembusi carta Top 40 Billboard, ia juga dijadikan ilham di sebalik sorakan Jamie Tartt dalam rancangan Ted Lasso terbitan Apple TV.

Untuk meraikan pencapaian luar biasa itu, Pinkfong mengajak kanak-kanak dari seluruh dunia untuk mengongsi tarian Baby Shark dengan syarikat tersebut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan