Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Azwan Ali pertama tiba di pusat mengundi

Anggaran Waktu Membaca:
 Azwan Ali pertama tiba di pusat mengundi

Gambar: petikan gambar dari video Astro Awani.

Diterbitkan : 19 Nov 2022 08:38AM Dikemas Kini : 19 Nov 2022 09:31AM
GOMBAK: Selebriti sensasi Azwan Ali merupakan pengundi pertama yang tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate.

Azwan, 56 tahun yang juga dikenali sebagai Diva AA tiba pada pukul 7.25 pagi dengan berjubah hitam.

“Kepada yang masih tidur tolong tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi,” katanya berseloroh, seperti yang dipetik Kosmo Online.

Sebelum ini Azwan menarik diri pada saat akhir sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Gombak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Sejurus selepas penarikan diri itu, penyandang Parlimen Gombak, yang juga abangnya Mohamed Azmin Ali, berkata beliau tidak mengetahui punca adiknya menarik diri daripada bertanding sebagai calon bebas di kerusi berkenaan pada PRU15, lapor Kosmo Online.

Kerusi Parlimen Gombak menyaksikan persaingan lima penjuru membabitkan Azmin (PN); calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari; calon Barisan Nasional (BN), Megat Zulkarnain Omar Din; calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir serta seorang calon bebas yang juga Presiden Penaja Parti Bahtera Sejahtera Malaysia, Zulkifli Ahmad
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan