Skip to main content

Dunia

Azmin jalani pembedahan, diziarahi beberapa tokoh politik

Isteri Perdana Menteri Malaysia, Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, yang dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Azmin jalani pembedahan, diziarahi beberapa tokoh politik

Dr Siti Hasmah menziarahi Encik Azmin. (Gambar: @miraazmin/Twitter)

Diterbitkan : 05 Feb 2019 06:10PM Dikemas Kini : 05 Feb 2019 06:15PM

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Malaysia, Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, yang dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan.

Perkara itu dikongsikan anak Encik Azmin, Farah Amira menerusi kiriman tweet yang merakamkan kehadiran Dr Siti Hasmah, ditemani isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Cik Shamsida Taharin di sebuah bilik hospital. 

Bagaimanapun Farah Amira tidak mendedahkan jenis pembedahan dan di mana ayahnya mendapatkan rawatan. 

"Satu gambaran mengharukan. Abah @AzminAli berbesar hati diziarahi Tun Dr. Siti selepas pembedahannya," tulis Farah Amirah.

"Beliau benar-benar seseorang yang istimewa. Saya dapat lihat sendiri bahawa beliau seorang wanita yang baik dan lemah lembut daripada cara beliau melayani Abah," tambah beliau.

Dalam video dan gambar yang dimuat naik, kelihatan Dr Siti Hasmah sedang berbual mesra dengan Encik Azmin yang terbaring di atas katil.

Menurut Farah Amira, ayahnya juga tidak sabar untuk kembali bekerja: "Saya tidak pasti jika ini satu perkara yang baik tetapi abah berkata beliau tidak sabar segera beransur pulih dan kembali bekerja."

Dalam pada itu, Encik Azmin dalam kiriman tweetnya mengucapkan terima kasih kepada para kenalan yang menziarahinya seperti Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Afif Bahardin dan Hilman Idham.

“Saya hargai doa dan kiriman ucapan selamat daripada para teman dan kenalan. InsyaAllah dilindungi kita semua. Terima kasih di atas ziarah @SyedSaddiq @afifbahardin @hilmanidham,” tulisnya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita