Skip to main content

Dunia

Azmin Ali umum letak jawatan Setiausaha Agung PN

Anggaran Waktu Membaca:
Azmin Ali umum letak jawatan Setiausaha Agung PN
Mohamed Azmin Ali meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari 2026. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Mohamed Azmin Ali hari ini (30 Dis) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menurut beliau, pelantikan ke jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

"Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Muhyiddin.

"Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini (30 Dis), seperti dipetik Astro Awani.

Dalam kenyataan sama, Encik Mohamed Azmin turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Selangor, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Peletakan jawatannya menyusul selepas keputusan dibuat Encik Muhyiddin untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Sumber : Agensi berita/AW/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita