Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Azmin Ali sahkan lapan bekas pimpinan UMNO sertai PN

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali mengesahkan terdapat lapan bekas pimpinan UMNO menyertai gabungan tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi PN Selangor bagaimanapun enggan mengumumkan nama pemimpin tersebut atas faktor keselamatan.

"Kerajaan ketika ini ialah kerajaan yang mengugut. Kalau mereka dapat tahu, dia akan ugut dan akan tekan. Ini satu perkara yang tidak baik.

"Jadi, sabar kerana ia akan diumumkan tidak lama lagi, mungkin selepas Hari Raya Aidiladha," katanya kepada wartawan semasa Majlis Rumah Terbuka PN Selangor di Shah Alam, pada Ahad (21 Mei), dipetik daripada Sinar Harian.

Turut hadir, Presiden PN, Muhyiddin Yasin, serta pimpinan PN.

Encik Mohamed Azmin menambah, rakyat terutama di Selangor menyambut banyak perayaan tahun ini dan ia dilanjutkan sehingga pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

"Hari Raya tahun ini panjang, hari ini sudah pun tamat Syawal, sudah masuk 1 Zulkaedah tetapi bagi Selangor 'raya' itu dilanjutkan sehingga PRN," katanya, lapor agensi berita Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan