Azmin Ali pimpin Bersatu Selangor, Mohamad Hanifah gantikan Ahmad Faizal Azumu di Negeri Sembilan
Anggaran Waktu Membaca:

Mohamed Azmin (kiri) dan Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu (kanan). (Gambar: Agensi berita)
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat perubahan kepimpinan di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disifatkan sebagai usaha membugarkan parti itu.
Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin berkata, Negeri Sembilan yang sebelum ini diterajui oleh Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu akan digantikan dengan Mohamad Hanifah Abu Bakar, manakala Selangor akan diterajui Mohamed Azmin Ali, menggantikan Abdul Rashid Asari.
Menurutnya, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Ahad (28 Jan) juga telah melantik tiga ahli MPT baharu iaitu Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin; Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Dr Afif Bahardin dan Penolong Setiausaha Srikandi, Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
“Beberapa pelantikan Pengerusi Biro baharu juga telah dilunaskan iaitu Radzi Jidin (Biro Ekonomi), Saifuddin Abdullah (Biro Antarabangsa), Azman Nasrudin (Biro Pendidikan) dan Wan Saiful Wan Jan (Biro Latihan).
“Fadzillah Mohd Pilus pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (29 Jan), dipetik Sinar Harian.
Tambah Encik Hamzah, mesyuarat juga bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyat yang khianat bagi maksud pengosongan kerusi dan Bersatu bersedia untuk berdepan pilihan raya kecil, lapor Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.