Azmin Ali perlu ambil cuti jika video intim sahih - Anwar Ibrahim
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Encik Anwar Ibrahim berkata Timbalannya Encik Mohamed Azmin Ali perlu bercuti segera jika terbukti terlibat dalam video intim yang tular baru-baru ini.

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Encik Anwar Ibrahim berkata Timbalannya Encik Mohamed Azmin Ali perlu bercuti segera jika terbukti terlibat dalam video intim yang tular baru-baru ini.
“Saya berpandangan bahawa sekiranya didapati video itu sahih, maka sepatutnya dia (Mohamed Azmin) cuti, tetapi itu yang kita dengar, tiada pengesahan, kalau video itu tidak sahih, dia tidak perlu bercuti,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini (17 Jul).
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata terpulang kepada mana-mana pemimpin untuk bercuti atau meneruskan tugas selagi belum dibuktikan bersalah memberi gambaran bahawa terdapat perkembangan baharu dalam proses siasatan pihak polis.
Encik Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan sama ada Encik Mohamed Azmin perlu bercuti atau meletakkan jawatannya.
Ketua Penerangan PKR Encik Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataan media semalam, meminta agar mana-mana pemimpin yang didakwa terbabit dengan salah laku agar bercuti secara sukarela bagi memberi laluan kepada siasatan pihak berkuasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.