Skip to main content

Dunia

Azmin Ali menang di Hulu Kelang; kalahkan calon PH Juwairiya Zulkifli

Anggaran Waktu Membaca:
Azmin Ali menang di Hulu Kelang; kalahkan calon PH Juwairiya Zulkifli

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Aug 2023 11:03PM Dikemas Kini : 14 Aug 2023 10:07AM
SHAH ALAM: Percaturan Perikatan Nasional (PN) meletakkan Mohamed Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang membuahkan hasil selepas mantan Menteri Besar Selangor itu menang di kerusi berkenaan.

Keputusan rasmi di laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan Encik Mohamed Azmin menang dengan majoriti 1,617 undi.

Pengerusi PN Selangor itu memperoleh 25,597 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli dengan 23,980 undi.

Encik Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN sebelum ini memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa atas tiket Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menyusuli perpindahan itu, PN menampilkan peguam yang juga aktivis masyarakat, Shasha Lyna Abdul Latiff untuk mempertahankan DUN Bukit Antarabangsa.
Sumber : Agensi berita/AW/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita