Skip to main content

Dunia

Azerbaijan dakwa jadi sasaran serangan dron Iran

Azerbaijan mendakwa dua kawasan di wilayahnya menjadi sasaran serangan dron yang dilepaskan dari Iran.
Anggaran Waktu Membaca:
Azerbaijan dakwa jadi sasaran serangan dron Iran
Kementerian Luar Azerbaijan menyatakan serangan berkenaan turut mengakibatkan dua individu cedera. (Gambar: Petikan skrin video media sosial)
Diterbitkan : 05 Mar 2026 09:06PM
BAKU: Azerbaijan mendakwa dua kawasan di wilayahnya menjadi sasaran serangan dron yang dilepaskan dari Iran.

Menurut Kementerian Luarnya, satu daripada dron berkenaan merempuh bangunan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan, manakala satu lagi mendarat berhampiran bangunan sekolah di kampung Shakarabad.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya serangan dron yang dilancarkan dari wilayah Iran ini, yang mengakibatkan kerosakan pada bangunan lapangan terbang," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis (5 Mac), memetik laporan media antarabangsa.

Kementerian Luar Azerbaijan menambah, serangan berkenaan turut mengakibatkan dua individu cedera.

Kementerian tersebut menyifatkan, serangan ke atas wilayah Azerbaijan sebagai bercanggah dengan norma dan prinsip undang-undang antarabangsa, selain menyumbang kepada peningkatan ketegangan di rantau itu.

"Kami menuntut Iran menjelaskan perkara ini secepat mungkin, memberikan penjelasan serta mengambil langkah segera yang perlu bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang pada masa hadapan," katanya lagi.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita