Skip to main content

Dunia

Azam Baki sudah beri keterangan kepada jawatankuasa khas berhubung isu pemilikan saham

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, sudah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan sahamnya, lapor Astro Awani.
Anggaran Waktu Membaca:
Azam Baki sudah beri keterangan kepada jawatankuasa khas berhubung isu pemilikan saham
Encik Azam baki menegaskan pegangan saham miliknya dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus. (Gambar fail: Bernama)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 22 Feb 2026 04:41PM
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, sudah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan sahamnya, lapor Astro Awani.

Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan pada Ahad (22 Feb) memaklumkan, Jawatankuasa Siasatan Khas itu bersidang pada 19 Februari dan memanggil Encik Azam bagi memberi penjelasan mengenai pemilikan 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Sdn Bhd, yang dibeli pada harga RM1.416 juta (S$460 ribu).


Encik Shamsul memaklumkan, jawatankuasa berkenaan sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan yang berkaitan dengan pegangan saham tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, kenyataan itu turut menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut masih dalam proses menilai segala keterangan yang diperoleh dan akan memanggil saksi lain berkaitan bagi melengkapkan siasatan terhadap perkara tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, jawatankuasa memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dilaksanakan secara telus, bebas dan profesional manakala hasil siasatan dan usulan pertimbangan bagi tindakan selanjutnya akan diangkat kepada pihak berkuasa.

Tambah kenyataan itu lagi, ini termasuk sekiranya didapati wujud sebarang pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang jenayah atau peraturan yang berkuat kuasa, lapor Astro Awani.

Sebelum ini media melaporkan, Encik Azam memfailkan saman terhadap terhadap agensi berita Bloomberg berhubung rencana didakwa berunsur fitnah berkaitan dakwaan pemilikan saham yang diterbitkan pada 10 Februari lalu.

Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan itu, Encik Azam selaku plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta (S$32.47 juta), ganti rugi teruk dan teladan, faedah serta kos.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita