Ayah Dr Wan Azizah meninggal dunia
Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93 tahun, yang merupakan bapa kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Wan Azizah, meninggal dunia pada 2.30 pagi tadi (10 Dis) akibat sakit tua di kediamannya dekat Taman Ampang Utama, Kuala Lumpur.

Bapa Timbalan Perdana Menteri Malaysia Wan Azizah, Dr Wan Ismail Wan Mahmood, meninggal dunia pada 10 Dis 2019. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93 tahun, yang merupakan bapa kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Wan Azizah, meninggal dunia pada 2.30 pagi tadi (10 Dis) akibat sakit tua di kediamannya dekat Taman Ampang Utama, Kuala Lumpur.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Mustaqim di Taman Nirwana, Ampang, pada 9.00 pagi dari kediamannya.
Selain Dr Wan Azizah dan suaminya, Anwar Ibrahim yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut berada di Masjid Al Mustaqim adalah dua cucu Allahyarham iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Nurul Illham Anwar.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham.
Allahyarham Wan Ismail meninggalkan isteri, Mariah Khamis, empat anak perempuan termasuk Dr Wan Azizah dan seorang anak lelaki.
Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad serta Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Ching Tong.
Urusan solat sunat jenazah bermula pada kira-kira 10.00 pagi tadi di Masjid Al Mustaqim dan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada 11.00 pagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.