Skip to main content

Dunia

Awas! Aplikasi 'Pink Whatsapp' dapat mengakses maklumat peribadi anda

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi 'Pink WhatsApp'.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskan, aplikasi tersebut kononnya menawarkan ciri keselamatan serta privasi yang lebih baik, antaramuka yang boleh diubah suai, serta keupayaan untuk menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang biasa digunakan, lapor Astro Awani.

"Bagaimanapun, selepas pemasangan, aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai perkara dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

"Para pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada WhatsApp yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi baru tersebut.

"MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi 'Pink WhatsApp' tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka," jelasnya.

MCMC turut mengesyorkan pengguna untuk hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery, seperti dinukil laporan Astro Awani.

Pengguna juga diminta untuk tidak menyebar luaskan sebarang pautan yang mencurigakan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita