Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia umum tambahan dana AS$470 juta bagi program bantuan pembangunan dua hala, serantau di Asia Tenggara

Australia ingin memperdalam hubungannya dengan negara-negara Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia umum tambahan dana AS$470 juta bagi program bantuan pembangunan dua hala, serantau di Asia Tenggara

PM Australia Anthony Albanese dan Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar: Anthony Albanese/Facebook)

JAKARTA: Australia ingin memperdalam hubungannya dengan negara-negara Asia Tenggara.

Perdana Menteri baru Australia Anthony Albanese juga mengumumkan pemerintah beliau akan menubuhkan sebuah pejabat Asia Tenggara di Jabatan Ehwal Luar dan Perdagangan.

Beliau mendedahkan demikian semasa rangka lawatan tiga hari ke Indonesia.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Indonesia sejak menjadi Perdana Menteri dua minggu lalu.

TAMBAH DANA BAGI PROGRAM DUA HALA DAN SERANTAU

PM Albanese turut mengumumkan tambahan dana AS$470 juta (S$645 juta) bagi program bantuan pembangunan dua hala dan serantau Canberra di Asia Tenggara.

Ini demi memastikan pemerintah Australia dapat menjalankan usaha yang lebih selaras bagi pelibatan Canberra di rantau ini.

DISAMBUT PRESIDEN JOKO WIDODO

Ketibaan beliau di Indonesia disambut Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Bogor.

Kedua-dua pemimpin kemudian berbasikal di sekitar istana sebelum memulakan perbincangan.

Lawatan PM Albanese diadakan di tengah-tengah ketegangan meruncing disebabkan pengaruh China yang semakin meluas di Indo-Pasifik.

Pelbagai perbincangan dijangkakan termasuk mengenai perdagangan, pelaburan, perubahan iklim dan keselamatan.

PM Albanese menambah pemerintah baru beliau bertekad untuk mempunyai hubungan lebih baik di rantau ini.

Kementerian Luar Indonesia pula menyatakan sudah menjadi tradisi bagi Perdana Menteri baru Australia memilih ekonomi terbesar Asia Tenggara sebagai antara negara pertama dikunjunginya.

Namun, masih belum jelas bagaimana rancangan PM Albanese mahu memupuk hubungan muhibah akan dilaksanakan.

Kedua-dua China dan Australia baru-baru ini bersaing membuat pelbagai lawatan diplomatik ke negara-negara kepulauan Pasifik.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan