Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia tingkatkan amaran jangkitan campak sedang jumlah kes meningkat

Australia pada Isnin (8 Apr) melancarkan kempen pendidikan besar-besaran bagi menggalak para penduduk, terutamanya mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara, supaya mendapatkan suntikan vaksin terhadap jangkitan campak.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia tingkatkan amaran jangkitan campak sedang jumlah kes meningkat

(Gambar: Johannes Eisele/AFP)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 01:14PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 01:17PM

SYDNEY: Australia pada Isnin (8 Apr) melancarkan kempen pendidikan besar-besaran bagi menggalak para penduduk, terutamanya mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara, supaya mendapatkan suntikan vaksin terhadap jangkitan campak.

Kempen itu dilancarkan sedang jumlah kes jangkitan tersebut meningkat dan mencetuskan keprihatinan di seluruh dunia.

Penyakit campak boleh berjangkit melalui udara, menyebabkan demam, batuk dan ruam. Ia juga boleh membawa maut dalam beberapa kes.

Pada 2014, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan secara rasmi bahawa penyakit campak berjaya dibasmi di Australia.

Bagaimanapun di beberapa negara maju termasuk Australia, gerakan anti-vaksin yang kian meningkat menyebabkan penyakit itu muncul semula di negara-negara tersebut.

Ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan Australia Greg Hunt, selepas kes jangkitan campak dilaporkan di wilayah New South Wales.

Jangkitan terbaru yang dilaporkan semalam melibatkan dua orang yang baru sahaja pulang dari Filipina.

Encik Hunt berkata sehingga kini, sebanyak 83 kes campak dilaporkan tahun ini, berbanding 103 kes pada tahun lalu dan 81 kes pada 2017.

"Saya prihatin mengenai kenaikan jumlah kes campak di Australia sejak kebelakangan ini dan saya mahu memastikan masyarakat kami dilindungi daripada penyakit serius ini," tambahnya dalam satu kenyataan.

Sekitar 93.5 peratus daripada kanak-kanak berusia dua tahun di Australia sudahpun menerima dua dos suntikan vaksin campak. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan