Australia tidak berjanji bantu AS pertahankan Taiwan dalam perjanjian kapal selam, tegas Menteri Pertahanan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Amanda R Gray/US Navy menerusi AP)
SYDNEY: Australia "sama sekali" tidak berjanji untuk menyokong Amerika Syarikat (AS) dalam sebarang konflik ketenteraan ke atas Taiwan, sebagai balasan terhadap perjanjian bagi memperoleh kapal selam serangan berkuasa nuklear AS.
Menteri Pertahanan Australia Richard Marles bertegas demikian pada Ahad (19 Mac).
Australia, AS dan Britain melancarkan projek AUKUS berbilang dekad itu pada Isnin lalu.

Canberra akan membeli kapal selam tentera kelas Virginia AS, dengan Britain dan Australia mengeluarkan serta mengendalikan kelas kapal selam baru, SSN-AUKUS.
Pemerintah Buruh Australia menyatakan perjanjian bernilai A$368 bilion (S$330 bilion) itu perlu memandangkan peningkatan armada tentera China di rantau itu, yang digelarnya sebagai yang terbesar sejak Perang Dunia Kedua.
Menteri Perdagangan Australia Don Farrell berkata beliau yakin lawatan yang dijadualkan ke China untuk bertemu rakan sejawatannya Wang Wentao akan diteruskan, meskipun dengan termeterainya perjanjian AUKUS.
Sebelum itu, Encik Farrell berkata pertemuan tersebut adalah isyarat bahawa hubungan Australia-China beransur baik.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.