Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia siap sedia bagi ketibaan ribuan mahasiswa China sedang hubungan kian pulih

Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Australia sedang bersiap sedia bagi ketibaan ribuan mahasiswa China, kata Menteri Pendidikannya pada Isnin (30 Jan).

Ini menyusuli amaran Kementerian Pendidikan China kepada para pelajar yang menuntut di luar negara bahawa pembelajaran online tidak lagi diiktiraf.

Sektor pendidikan Australia, yang menjana pendapatan eksport A$39 bilion (S$36 bilion) sebelum wabak COVID-19, mempunyai hubungan kukuh dengan China, dengan kira-kira 150,000 warganegara China menuntut di universiti-universiti Australia.

Berpuluh-puluh ribu penuntut kekal berada di luar Australia selepas sekatan wabak dan hubungan diplomatik yang tegang menyebabkan ramai pelajar pulang ke China.

Namun dengan lagi tiga minggu sebelum pengajian di universiti-universiti Australia bermula, Pusat Perkhidmatan China bagi Pertukaran Ilmiah (CSCSE), Kementerian Pendidikan China pada Sabtu (28 Jan) menyatakan, ia tidak akan lagi mengiktiraf ijazah luar negara yang diperoleh melalui pembelajaran secara online.

Ia menggesa para mahasiswa supaya kembali ke kampus luar negara secepat mungkin.
Sumber : Reuters/LL/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan