Australia sahkan lima anggota sindiket 'Bali Nine' kembali ke tanah air
Anggaran Waktu Membaca:

Matthew Norman (kiri), warga Australia yang merupakan anggota kumpulan 'Bali Nine'. (Gambar: Firdia Lisnawati/AP)
SYDNEY: Kerajaan Australia pada Ahad (15 Dis) mendedahkan lima anggota sindiket dadah 'Bali Nine' sudah pulang ke tanah air, hasil usaha diplomatik dengan Indonesia bulan ini untuk mencapai perjanjian penghantaran pulang.
"Kerajaan Australia mengesahkan bahawa warga Australia - Matthew Norman, Scott Rush, Martin Stephens, Si Yi Chen, dan Michael Czugaj - sudah pulang ke Australia," kata Perdana Menteri Anthony Albanese menerusi satu kenyataan.
Lima lelaki terbabit merupakan antara sembilan individu yang ditangkap pada 2005 kerana cuba menyeludup lebih lapan kilogram dadah heroin dari pulau peranginan Indonesia, Bali
"(Mereka) telah menjalani hukuman penjara selama lebih 19 tahun di Indonesia. Sudah tiba masanya untuk mereka pulang," ujar Encik Albanese.
Dua ketua sindiket Bali Nine, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, dijatuhi hukuman mati pada 2015. Keputusan itu ditentang Australia yang kemudian mengarahkan dutanya pulang sebagai tanda protes.
Satu-satunya wanita dalam sindiket berkenaan dibebaskan dari penjara pada 2018, manakala seorang anggota lelaki meninggal dunia akibat penyakit barah pada tahun yang sama.
"Kami ingin menyampaikan penghargaan yang mendalam kepada pemerintah Indonesia atas kerjasamanya dalam mempermudah kepulangan lelaki-lelaki tersebut ke Australia atas dasar kemanusiaan," tambah Encik Albanese.
Kepulangan lima warga Australia itu, katanya lagi, mencerminkan "hubungan dua hala yang kukuh dan sikap saling hormat-menghormati antara Indonesia dan Australia."
"Mereka akan diberi peluang untuk menjalani pemulihan dan program yang membantu mereka menyesuaikan diri kembali di Australia."
Pada bulan ini, Menteri Kanan bagi Ehwal Undang-Undang Indonesia Yusril Ihza Mahendra bertemu dengan Menteri Ehwal Dalam Negeri Australia Tony Burke di Jakarta dan menyerahkan draf cadangan yang mengatur kepulangan lima banduan tersebut.
Draf itu menetapkan bahawa lima lelaki terbabit dilarang kembali ke Indonesia. Ia juga menyertakan peraturan perundangan bagi pemindahan mereka, serta syarat bahawa Australia harus menghormati keputusan Indonesia, tegas Encik Yusril.
Encik Yusril pada ketika itu menambah bahawa Indonesia akan menghormati sebarang keputusan yang diambil oleh Australia berkenaan kepulangan banduan-banduan itu, termasuk jika mereka diberikan pengampunan.
Penghantaran pulang lima warga Australia itu juga tidak melibatkan sebarang pertukaran banduan.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.