Australia rancang tambah pengambilan pekerja hijrahan susulan krisis tenaga mahir
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Saeed Khan/AFP)
CANBERRA: Australia merancang untuk meningkatkan jumlah pengambilan pekerja hijrahan bagi menangani kekurangan tenaga buruh disebabkan pandemik COVID-19, kata Menteri Kemahiran dan Latihan, Brendan O'Connor.
Beliau berkata pemerintah sedang mempertimbangkan untuk menaikkan had pekerja hijrahan tahunan daripada paras sekarang sebanyak 160,000 kepada lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi, termasuk membabitkan pengamal kesihatan dan pakar IT, lapor Xinhua.
Menurut Biro Perangkaan Australia (ABS), terdapat 480,100 kekosongan jawatan pada Mei, peningkatan lebih 100 peratus berbanding Februari 2020 sebelum Australia menutup sempadan antarabangsanya.
Had pengambilan pekerja hijrahan akan dibincangkan dengan kesatuan sekerja dan kumpulan majikan di sidang puncak pekerjaan dan kemahiran yang akan diadakan pada September.
"Kami mempunyai tugas berat untuk menangani krisis tenaga mahir tetapi pemerintah perlu berusaha keras untuk melatih tenaga kerja tempatan dan mengurangkan pekerja hijrahan," kata Encik O'Connor.
Beliau juga menegaskan sistem piawaian tidak akan digugurkan sebaliknya perlu menggunakan pendekatan lebih canggih untuk mengukur tahap kemahiran.
"Kami menyaksikan kekurangan dalam pelbagai sektor: perdagangan tradisional, pembuatan maju, runcit, pelancongan, industri teknologi, penjagaan warga emas, doktor, jururawat,” kata beliau kepada akhbar Nine Entertainment pada Ahad (14 Ogos).
Encik O'Connor berkata ia bukan "binary choice” (dua pilihan) antara meningkatkan pekerja hijrahan mahir dan melatih pekerja tempatan.
Menambah jumlah pekerja hijrahan dijangka dimuktamadkan dalam belanjawan persekutuan, yang akan dibentangkan Bendahari Jim Chalmers pada Oktober.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.