Australia rancang singkatkan tempoh kuarantin; semak syarat ujian
Para ketua pegawai kesihatan Australia mempertimbangkan memendekkan tempoh kuarantin dari 10 hari kepada lima hari.
(Gambar: AFP)
CANBERRA: Australia merancang untuk mengurangkan tempoh kuarantin dan menyemak semula syarat-syarat ujian.
Menurut laporan-laporan media Australia, para ketua pegawai kesihatan mempertimbangkan memendekkan tempoh tersebut dari 10 hari kepada lima hari.
Perdana Menteri Scott Morrison juga menyeru semakan cara Australia menangani COVID-19.
Ini ketika kes varian Omicron terus bertambah, sekali gus memberikan tekanan ke atas klinik-klinik yang menjalankan ujian.
Australia mencatatkan jumlah rekod 18,300 kes COVID-19, majoritinya di New South Wales dan Victoria.
Jumlah pesakit di hospital juga meningkat sedikit, namun tetap lebih rendah berbanding jumlah tertinggi semasa gelombang varian Delta.
Kabinet Australia juga akan bersidang esok (30 Dis) bagi membincangkan langkah-langkah baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.