Australia rancang larang kanak-kanak guna media sosial
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pexels/Tracy Le Blanc)
SYDNEY: Australia merancang untuk memperkenalkan rang undang-undang tahun ini untuk melarang kanak-kanak daripada menggunakan wadah media sosial.
Ia menukil risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak akibat penggunaan media sosial.
Perdana Menteri Anthony Albanese berkata pemerintahnya akan memulakan percubaan pengesahan usia dalam beberapa bulan akan datang ini.
Encik Albanese tidak memberikan butiran had usia bagi larangan itu,
namun beliau memberi anggaran ia akan melibatkan remaja berusia antara 14 dengan 16 tahun.
Menurut Encik Albanese, beliau bimbang kesan buli siber terhadap kesihatan mental kanak-kanak dan pendedahan mudah kepada kandungan di media sosial yang boleh membahayakan mereka.

Langkah itu dibuat selepas pengawal selia eSafety Australia, meminta firma-firma Internet supaya menghasilkan kod boleh dikuatkuasakan yang memperincikan bagaimana ia akan menghalang kanak-kanak daripada menonton kandungan lucah dan bahan lain yang tidak sesuai, atau menghadapi kod yang dikenakan ke atas industri itu.
Beberapa negara telah berusaha menyekat penggunaan media sosial oleh golongan bawah umur, namun cabaran pada undang-undang dan teknologi telah menghambat usaha pemerintah.
"Ini adalah isu global yang cuba ditangani oleh pemerintah di seluruh dunia... kami tahu ia bukan mudah dan ia tidak mudah, jika tidak pemerintah akan bertindak balas sebelum ini," kata PM Albanese.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.