Australia rancang hadkan jumlah kemasukan pelajar asing mulai 2025
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pendidikan Australia Jason Clare. (Gambar: Jason Clare MP/X)
SYDNEY: Australia merancang menghadkan jumlah kemasukan baharu pelajar antarabangsa di negara itu mulai tahun depan.
Menteri Pendidikan, Jason Clare berkata jumlahnya dihadkan kepada 270,000 orang.
Ia meliputi pengajian di universiti, pendidikan tinggi yang lain dan pusat latihan kejuruan.
Langkah tersebut diumumkan sedang pemerintah itu berusaha untuk mengekang rekod penghijrahan ke negara itu yang menyumbang kepada lonjakan dalam harga sewa rumah.
Keputusan itu malah, dibuat menyusuli beberapa langkah yang dilaksanakan sejak tahun lalu untuk mengakhiri konsesi era-COVID bagi para pelajar dan pekerja asing di Australia, yang membantu perniagaan untuk mengambil pekerja tempatan, manakala kawalan sempadan yang ketat menghalang pekerja asing daripada mendapat peluang pekerjaan tersebut.
Encik Clare berkata jumlah itu, sama seperti bilangan sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Dalam tahun kewangan yang berakhir pada akhir Jun tahun lalu, Australia mengeluarkan visa bagi lebih 577,000 pelajar antarabangsa.
Pada tahun lalu, para pelajar antarabangsa menyumbang lebih S$42 bilion (S$37 bilion) kepada universiti-universiti dan pusat pendidikan kejuruan negara itu.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.