Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia pertimbang tubuh pasukan bantuan bencana sedang banjir landa bahagian tenggara

Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Australia sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan pasukan bantuan bencana.

Ini bagi menangani hujan yang sangat lebat yang melanda bahagian tenggara negara itu.

Perdana Menteri Anthony Albanese berkata ia akan membantu meringankan beban pasukan tentera, sedang bencana alam berlaku semakin kerap di negara itu.

Ratusan penduduk Victoria diberitahu supaya berpindah dari rumah masing-masing selepas banjir menenggelamkan beberapa bahagian wilayah berkenaan.

Pihak berkuasa menyatakan mereka sudah menyelamatkan sekurang-kurangnya 38 orang daripada banjir tersebut.

Amaran ribut petir juga sudah dikeluarkan untuk beberapa bahagian Queensland awal pagi Selasa (9 Jan).

Banjir yang terkini itu berlaku selepas Australia berdepan kebakaran belukar paling dahsyat pada musim panas tahun 2019 dan 2020.

Ini disusuli dengan banjir memudaratkan di bahagian pantai timur Australia pada 2022.

Perdana Menteri Anthony Albanese berkata pemerintah sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah badan rizab tetap, sekalipun negara itu perlu bersikap fleksibel dan menggunakan apa sahaja aset yang ada semasa bencana.
 
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan