Skip to main content

Dunia

Australia pertahan tindakan keras polis terhadap penunjuk perasaan anti-Israel di Sydney

Anggaran Waktu Membaca:
Australia pertahan tindakan keras polis terhadap penunjuk perasaan anti-Israel di Sydney

(Gambar: AFP/SAUL LOEB)

Diterbitkan : 10 Feb 2026 08:45PM Dikemas Kini : 10 Feb 2026 08:46PM
AUSTRALIA: Pihak berkuasa Australia mempertahankan tindakan keras pihak polis terhadap para penunjuk perasaan anti-Israel di Sydney.

Ini ekoran bantahan-bantahan terhadap lawatan Presiden Israel Isaac Herzog ke bandar itu.

Ketegangan memuncak apabila para pegawai penguat kuasa cuba menghalang ribuan penunjuk perasaan daripada berarak menuju kawasan yang dianggap pihak berkuasa sebagai terlarang.

Polis menyatakan 6,000 orang menyertai bantahan sementara penganjur tunjuk perasaan pula menyatakan bilangannya adalah seramai 50,000 orang.

Ini merupakan antara tindakan-tindakan keras pihak polis dalam usaha mahu menyuraikan para penunjuk perasaan di luar Dewan Perbandaran Sydney malam semalam.

Ada juga yang melaporkan penggunaan penyembur lada dan gas pemedih mata.

Hampir 30 orang diberkas dalam pertempuran dengan polis, termasuk 10 yang dituduh menyerang polis.

Ini setelah para penunjuk perasaan cuba merempuh kepungan polis.

Antara yang dilaporkan cedera di tangan polis ialah seorang Anggota Parlimen tempatan.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata beliau hampa dengan pertempuran yang berlaku di Sydney.

Namun menambah, tindakan yang diambil pihak polis adalah wajar.

Perhimpunan sebegini yang turut berlaku di Melbourne dan Adelaide membantah kekejaman Israel di Gaza dan menganggap Presiden Herzog sebagai bersubahat dalam perang yang membunuh lebih 70,000 penduduk Gaza.

Sesetengah masyarakat Yahudi di Australia juga membantah lawatan Encik Herzog.
 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita