Australia pergiat langkah bertindak balas terhadap campur tangan asing, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Muhammad Farooq/AFP)
SYDNEY: Kerajaan Australia merancang untuk "menghentikan" operasi campur tangan asing yang menyasarkan ahli-ahli politik dan akademik serta pemimpin masyarakat, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri Clare O'Neil pada Selasa (14 Feb).
Campur tangan asing merupakan ancaman utama kepada demokrasi di Australia dan negara itu sedang menghadapi "cabaran geopolitik yang amat ketara", kata beliau dalam ucapan kepada Kolej Keselamatan Nasional di Universiti Nasional Australia.
Pemerintah-pemerintah luar negara bersaing untuk menambat hati ahli politik tempatan, memetik gambar penunjuk perasaan dan secara senyap-senyap mempengaruhi cara bagaimana topik-topik dibincangkan di peringkat universiti, katanya.
Beliau memberi contoh agensi perisikan Australia sudah menghentikan pemantauan warga Australia Iran oleh Iran, tetapi menambah bahawa "campur tangan asing bukan hanya datang dari satu negara".
Apabila undang-undang campur tangan asing diperkenalkan di parlimen Australia pada 2018, Perdana Menteri Malcolm Turnbull ketika itu memetik dakwaan-dakwaan campur tangan pemerintah China dalam politik dan universiti Australia, sekali gus mencetuskan tindak balas amarah dari Beijing.
Cik O'Neil tidak merujuk kepada China dalam ucapannya. Australia dan China baru-baru ini berusaha untuk memperbaiki hubungan diplomatik dan Beijing sudah mula melonggarkan sekatan perdagangan arang batu dan produk pertanian Australia.
Beliau berkata campur tangan asing bukan satu hipotesis atau andaian dan dilihat sebagai "pemerintah asing cuba memenangi hati pemimpin yang dipilih dan para aktivis parti mendesak perubahan dari segala sudut daripada perancangan undang-undang kepada dasar keselamatan asing dan nasional atau semata-mata untuk memberikan gambaran tentang bagaimana keputusan dibuat".
Beliau menambah Australia tidak akan bertolak ansur dengan insiden di mana pemerintah asing mengumpulkan maklumat peribadi yang sensitif mengenai penentang atau pemantauan ke atas penunjuk perasaan aman di Australia. Beliau menegaskan Australia akan melakukan lebih banyak untuk bertindak balas terhadapnya.
Pasukan Bertindak Campur Tangan Asing Universiti sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (ASIO) untuk menangani ancaman "sebenar dan yang semakin canggih", katanya lanjut.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.