Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Australia, New Zealand, Jepun umum kerjasama pertingkat bekalan elektrik Papua New Guinea

Sempena Sidang Puncak APEC itu, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jepun dan Papua New Guinea mengumumkan rancangan kerjasama untuk meningkatkan keupayaan bekalan elektrik di Papua New Guinea (PNG).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2018 09:45PM Dikemas Kini : 18 Nov 2018 09:51PM

PORT MORESBY: Sempena Sidang Puncak APEC itu, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jepun dan Papua New Guinea mengumumkan rancangan kerjasama untuk meningkatkan keupayaan bekalan elektrik di Papua New Guinea (PNG).

Kerjasama bernilai AS$1.7 bilion (S$2.3 bilion) ini bertujuan membekalkan tenaga elektrik kepada 70 peratus daripada lapan juta penduduk PNG menjelang tahun 2030 berbanding 30 peratus sekarang.

Ia dianggap sebagai langkah pertama dalam rancangan untuk menyaingi inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China di rantau Pasifik Selatan.

China sudah melakukan banyak pelaburan dalam projek-projek pembangunan di rantau itu termasuk pembinaan loji hidroelektrik di PNG. 

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan