Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia naikkan gaji minimum sedang kadar inflasi melambung tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
Australia naikkan gaji minimum sedang kadar inflasi melambung tinggi

(Gambar: Bianca De Marchi/POOL/AFP)

Diterbitkan : 15 Jun 2022 11:01AM Dikemas Kini : 15 Jun 2022 11:01AM

SYDNEY: Australia menaikkan gaji minimum sebanyak lebih lima peratus pada Rabu (15 Jun), iaitu kadar yang lebih perlahan berbanding peningkatan inflasi, sedang harga bagi barangan asas naik melambung tinggi. 

Suruhanjaya Kerja Adil menetapkan kadar minimum baru pada AU$21.38 (S$20.57) setiap jam, naik 5.2 peratus berbanding sebelum ini. 

Kadar inflasi diramalkan mencecah tujuh peratus menjelang akhir tahun ini, menurut Gabenor Bank Pusat Philip Lowe. 

Kos makanan, bahan api dan baranagn lain melonjak disebabkan pencerobohan Rusia di Ukraine, masalah rantaian bekalan akibat perintah berkurung COVID-19 di China dan banjir di pantai timur Australia. 

Pada masa yang sama, pertumbuhan gaji telahpun terhambat selama beberapa tahun kini di Australia meskipun
kadar pengangguran adalah sangat rendah iaitu 3.9 peratus dan banyak perniagaan tergapai-gapai untuk mendapatkan pekerja. 

Bank Rizab Australia sudahpun berusaha untuk meredakan kenaikan harga yang melambung tinggi dengan menaikkan kos pinjaman wang berulang kali, dengan kadar faedah dijangka meningkat pada bulan-bulan akan datang. 

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa