Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia mahu beralih ke fasa hidup dengan COVID-19 sebagai selesama

Anggaran Waktu Membaca:
Australia mahu beralih ke fasa hidup dengan COVID-19 sebagai selesama

Perdana Menteri Australia Scott Morrison. (Gambar: AFP/Diego Opatowski)

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata pemimpin politik negara itu mahu beralih ke fasa baru hidup dengan COVID-19 dengan menganggapnya sebagai selesema, lapor Reuters. Namun, mereka akan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu.

Sehari selepas mengadakan mesyuarat dengan pemimpin kabinet kebangsaan negeri dan persekutuan, Encik Morrison memberitahu wartawan pada pagi Sabtu(12 Mac) bahawa mereka membincangkan mengenai beralih ke "Fasa D" pelan tindak balas pandemik negara.

"Lapangan terbang kami sudah dibuka semula dan pelawat antarabangsa dibenarkan masuk. Mereka yang pulang juga diberi pengecualian kuarantin. Dengan itu, kami sudah berada dalam Fasa D," kata beliau.

PM Morrison berkata, pemimpin negara itu mahu menggugurkan keperluan menjalani pengasingan bagi kontak rapat kes COVID-19 dan akan mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara itu daripada panel pakar.

Peraturan pengasingan kata Encik Morrison telah "menyebabkan perniagaan kekurangan kakitangan".

"Kami percaya bahawa kami sudah ada dalam Fasa D ketika ini, namun akan ada beberapa pengecualian. Fasa D bermakna hidup dengan virus ini sama seperti sakit selsema," kata beliau yang pemerintah konservatifnya akan berdepan pilihan raya pada Mei ini.

Australia Barat dan Wilayah Utara kata Encik Morrison akan hanya menggugurkan sekatan sebulan selepas wilayah timur melakukannya.

Pegawai kesihatan di New South Wales, negeri dengan paling ramai penduduk, menyuarakan kebimbangan pada minggu ini mengenai peningkatan subvarian BA.2 baru Omicron.

Varian berkenaan kata mereka boleh menggandakan kes harian menjelang akhir bulan, berbanding sekitar 15,000 kes sekarang ini.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan