Australia luluskan vaksin Novavax; bergelut dengan Omicron
(Gambar: Justin Tallis/AFP)
CANBERRA: Australia meluluskan penggunaan vaksin Novavax untuk individu berumur 18 tahun ke atas pada Isnin (24 Jan), menjadikannya vaksin COVID-19 keempat selepas AstraZeneca, Moderna dan Pfizer.
Kumpulan Penasihat Teknikal Australia mengenai Imunisasi (ATAGI) sudah pun mengesyorkan dua dos vaksin Novavax dengan selang sekurang-kurangnya tiga minggu antara dua dos berkenaan.
Pemerintah Australia sudah memesan sebanyak 51 juta dos vaksin COVID-19 Novavax untuk digunakan pada Februari, dedah Menteri Kesihatan Greg Hunt.
"Kita akan memulakan program itu pada minggu 21 Feb," katanya kepada pemberita pada Isnin (24 Jan).
Australia pada Isnin (24 Jan) melaporkan lebih 40,000 jangkitan dalam masyarakat dan 58 kematian - 24 di New South Wales, 17 di Victoria, 13 di Queensland dan masing-masing dua di Australia Selatan dan ibu negara Australia, menurut angka jabatan kesihatan wilayah dan daerah.
Menurut Hunt, terdapat tanda-tanda gelombang jangkitan Omicron di Australia sudah meningkat di beberapa kawasan, dengan kadar kemasukan ke hospital dilihat stabil.
"Jadi, ini detik penting di mana kita melihat tanda-tanda jelas bahawa gelombang Omicron, sekurang-kurangnya di New South Wales, Victoria dan Canberra sudah memuncak," katanya lagi.
Mulai Isnin (24 Jan), berjuta-juta penerima bantuan kebajikan layak menerima ujian antigen pantas secara percuma.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.