Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia lulus rang undang-undang haramkan media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun

Australia meluluskan Rang Undang-Undang pada Khamis (28 Nov) untuk mengharamkan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah usia 16 tahun, menyusuli perbahasan selama berhari-hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia lulus rang undang-undang haramkan media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun

(Gambar: Nathan Dumlao/Unsplash)

Diterbitkan : 28 Nov 2024 08:57PM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 09:01PM
SYDNEY: Australia meluluskan Rang Undang-Undang pada Khamis (28 Nov) untuk mengharamkan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah usia 16 tahun, menyusuli perbahasan selama berhari-hari.

Langkah itu sekali gus menetapkan piawaian bagi negara-negara lain untuk turut serta dalam usaha global bagi mengawal kuasa teknologi.

Rang Undang-Undang itu, yang dijangka dikuatkuasakan pada November 2025, merupakan antara langkah kawalan penggunaan media sosial yang paling tegas di dunia dan ia memaksa wadah-wadah supaya mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan langkah perlindungan pengesahan usia dilaksanakan.

Menyusuli sesi parlimen yang berlarutan hingga ke tengah malam, Senat Australia undi untuk meluluskan undang-undang itu selepas pemerintah Perdana Menteri Anthony Albanese mendapat sokongan dari pihak pembangkang konservatif.

Kelulusan Senat bagi Rang Undang-Undang itu merupakan hambatan terakhir yang perlu dilalui selepas Dewan Perwakilan meluluskan Rang Undang-Undang itu pada Rabu (27 Nov).

PM Albanese yang cuba menaikkan rating sokongannya menjelang pilihan raya pada Mei depan, berhujah bahawa penggunaan media sosial menimbulkan risiko kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak dan ingin mendapatkan sokongan dari para ibu bapa.

Australia merancang untuk menguji cuba satu sistem pengesahan umur yang mungkin melibatkan penggunaan biometrik atau pengesahan pemerintah bagi melaksanakan larangan itu.

Sistem itu akan dirintis selama beberapa bulan dan dapatannya akan disemak menjelang pertengahan 2025.

Di bawah undang-undang itu, syarikat-syarikat boleh didenda sehingga A$49.5 juta (S$43.2 juta) bagi sebarang pelanggaran.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan