Australia larang program AI DeepSeek China pada peranti pemerintah atas sebab risiko privasi, perisian hasad
Anggaran Waktu Membaca:

Logo DeepSeek. (Gambar: Lionel BONAVENTURE / AFP)
SYDNEY: Australia melarang penggunaan DeepSeek pada semua peranti pemerintah atas nasihat agensi-agensi keselamatan.
Demikian menurut seorang pegawai tertinggi pada Rabu (5 Feb). Langkah itu diambil atas sebab risiko privasi dan perisian hasad yang ditimbulkan oleh program AI China.
Chatbot DeepSeek - yang dibangunkan oleh syarikat pemula yang berpangkalan di China - telah menggemparkan mereka dalam industri dan menggoyahkan pasaran kewangan sejak ia dikeluarkan bulan lalu.
Namun, semakin banyak negara, termasuk Korea Selatan, Itali dan Perancis, sudahpun menyuarakan kebimbangan mengenai amalan keselamatan dan data aplikasi tersebut.
Australia memperketatkan langkahnya dengan melarang penggunaan DeepSeek daripada semua peranti pemerintah, dalam salah satu langkah paling tegas yang dilaksanakan terhadap chatbot China tersebut setakat ini.

Keputusan itu dibuat menyusuli tindakan serupa yang diambil Itali dan Taiwan.
"Ini adalah tindakan yang diambil pemerintah atas nasihat agensi keselamatan. Ia sama sekali bukan langkah simbolik," tekan utusan keselamatan siber pemerintah Andrew Charlton.
"Kami tidak mahu mendedahkan sistem pemerintah kepada aplikasi ini."
Risiko yang boleh timbul antara lain termasuk maklumat yang dimuat naik "mungkin tidak dirahsiakan", menurut Encik Charlton kepada penyiar negara ABC, dan aplikasi seperti DeepSeek "(berpotensi) mendedahkan anda kepada perisian hasad".

Sumber : AFP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.