Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia lapor lebih 2,000 kes baru COVID-19

Australia pada Isnin (4 Okt) melaporkan 2,029 jangkitan baru COVID-19, naik berbanding Ahad, walaupun kedua-dua dua wilayah dengan jumlah penduduk paling ramai masih berada di bawah perintah berkurung yang dilanjutkan dan kadar vaksinasi sedang meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia lapor lebih 2,000 kes baru COVID-19

Hari pertama perintah berkurung dikuatkuasakan di Victoria, Melbourne, Australia, pada 16 Jul 2021 untuk membendung penularan COVID-19. (Gambar: Sandra Sanders/REUTERS)

Diterbitkan : 04 Oct 2021 12:32PM Dikemas Kini : 04 Oct 2021 12:37PM

MELBOURNE: Australia pada Isnin (4 Okt) melaporkan 2,029 jangkitan baru COVID-19, naik berbanding Ahad, walaupun kedua-dua dua wilayah dengan jumlah penduduk paling ramai masih berada di bawah perintah berkurung yang dilanjutkan dan kadar vaksinasi sedang meningkat.

Wilayah New South Wales, yang mana ibu kotanya adalah Sydney, melaporkan 623 kes baru dan enam kematian, susut berbanding 667 kes dan 10 kematian pada Ahad.

Wilayah Victoria pula melaporkan 1,377 jangkitan baru COVID-19, meningkat daripada 1,220 yang dilaporkan pada Ahad. Terdapat juga empat lagi kematian.

Jumlah kes di Victoria susut daripada paras tertinggi 1,488 pada Sabtu, yang tertinggi bagi mana-mana wilayah sejak bermulanya pandemik tahun lalu.

Para pegawai wilayah menyatakan lonjakan kes baru-baru ini disebabkan pesta berhubung perlawanan peringkat akhir sukan, yang melanggar langkah-langkah perintah berkurung pada hujung minggu sebelumnya. Hampir separuh daripada kes baru pada Isnin melibatkan individu berusia antara 10 dengan 29 tahun.

Ibu kota wilayah, Melbourne, di tengah-tengah langkah penutupan keenamnya, pada Ahad mendahului Buenos Aires sebagai bandar paling lama di bawah perintah berkurung, dengan jumlah terkumpul 245 hari sejak Mac tahun lalu.

New South Wales dijadualkan mula melonggarkan langkah-langkah sekatan mulai 11 Oktober, Isnin pertama setelah menjangkakan 70 peratus penduduknya yang berusia lebih 16 tahun lengkap divaksin. Setakat Isnin ini, sekitar 67 peratus sudah divaksin sepenuhnya.

Victoria berharap untuk mencapai sasaran 70 peratus, berbanding 52 peratus kini, selewat-lewatnya 26 Oktober.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan