Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia lancar dos penggalak kelima vaksin COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Australia lancar dos penggalak kelima vaksin COVID-19

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos/CNA)

SYDNEY: Australia akan melancarkan dos kelima vaksin COVID-19 akhir bulan ini kepada semua warganya yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Menurut Menteri Kesihatan Mark Butler, keputusan itu akan memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai 20 Februari.

Sebelum ini, hanya individu yang mengalami gangguan imun yang serius disyorkan untuk mengambil dos kelima.

Australia sudah memberikan dua dos vaksin kepada 95 peratus individu yang berusia 16 tahun ke atas.

Ini membantu Australia secara relatifnya mengekalkan bilangan kes COVID-19 yang rendah berbanding dengan negara-negara ekonomi maju yang lain.

Bagaimanapun untuk dos penggalak ketiga dan keempat agak perlahan dengan masing-masing mencatatkan 72 peratus dan 44 peratus.

Menurut Encik Butler, para individu yang berumur 65 tahun ke atas kekal berisiko tinggi mendapat penyakit kritikal dan kematian akibat jangkitan koronavirus.

Oleh itu, beliau menggesa mereka untuk mendapatkan suntikan kelima jika mereka layak.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan