Australia labur AS$101 juta, sokong pelan AS hantar angkasawan ke bulan jelang 2024
Australia akan melabur AS$101 juta (S$94 juta) dalam syarikat-syarikat dan teknologi sebagai menyokong rancangan Amerika hendak menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2024 dan misi penerokaan ke Marikh selepas itu.
(Gambar: Joshua Roberts/Reuters)
MELBOURNE: Australia akan melabur AS$101 juta (S$94 juta) dalam syarikat-syarikat dan teknologi sebagai menyokong rancangan Amerika hendak menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2024 dan misi penerokaan ke Marikh selepas itu.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan demikian selepas melawat Rumah Putih.
Encik Morrison yang sedang melakukan lawatan negara ke Washington, berkata pelan pelaburan selama lima tahun itu akan membantu syarikat-syarikat Australia menyokong sistem automasi
Amerika, membina peralatan bagi pesawat angkasa lepas dan memainkan peranan dalam penerokaaan galian.
Beliau menambah misi ke angkasa lepas itu dijangka mewujudkan 20,000 pekerjaan dan industri AS$12 bilion (S$11 bilion) menjelang 2030.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.