Skip to main content

Dunia

Australia kini wajibkan semua pelawat antarabangsa disahkan negatif COVID-19

 Australia kini mewajibkan semua pelawat antarabangsa perlu disahkan negatif COVID-19 sebelum menaiki penerbangan menuju negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Australia kini wajibkan semua pelawat antarabangsa disahkan negatif COVID-19

Australia kini berusaha kekang kelompok baru COVID-19. (Gambar: Sandra Sanders/Reuters)

Diterbitkan : 08 Jan 2021 06:59PM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 07:00PM

SYDNEY: Australia kini mewajibkan semua pelawat antarabangsa perlu disahkan negatif COVID-19 sebelum menaiki penerbangan menuju negara itu.

Had jumlah pelawat antarabangsa yang dibenarkan masuk ke Australia juga akan dikurangkan separuh bagi beberapa negara sehingga pertengahan bulan depan.

Ia sebahagian usaha untuk mencegah jenis baru virus COVID-19 yang lebih mudah berjangkit, agar tidak menular di Australia. Varian baru itu kali pertama dikesan di Britain.

Mulai hari ini (8 Jan) pula selama tiga hari kawasan Brisbane dikenakan perintah berkurung. Langkah tersebut dilaksanakan setelah seorang pekerja hotel tempat kuarantin disahkan dijangkiti virus jenis baru itu.

Para penduduk di Brisbane juga kini perlu memakai pelitup apabila berada di luar rumah. Mereka hanya dibenarkan keluar rumah bagi urusan penting sahaja.

Sekatan-sekatan juga dilanjutkan kepada mereka yang pernah ke wilayah tersebut sejak Sabtu lalu.

Queensland pula melaporkan sembilan kes baru COVID-19 hari ini.

Secara keseluruhan, Australia melaporkan lebih 28,500 kes jangkitan dan 909 kematian sejauh ini.  

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita