Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia kian hampiri kemuncak gelombang Omicron; jumlah kes harian kekal tinggi

Kerajaan Australia menyatakan negara itu kemungkinan besar hampir ke kemuncak gelombang jangkitan COVID-19 varian Omicron.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Australia kian hampiri kemuncak gelombang Omicron; jumlah kes harian kekal tinggi

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 04:27PM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 04:27PM

CANBERRA: Kerajaan Australia menyatakan negara itu kemungkinan besar hampir ke kemuncak gelombang jangkitan COVID-19 varian Omicron.

Namun begitu, jumlah kes harian dijangka terus pada tahap tertinggi selama beberapa minggu lagi.

Jumlah kematian kerana COVID-19 juga meningkat sejak beberapa hari lalu.

Lagi 43 kematian dilaporkan hari ini (15 Jan), kebanyakannya di dua wilayah Australia yang paling ramai penduduk - New South Wales dan Victoria.

Namun begitu, di wilayah New South Wales, keadaannya dilaporkan semakin beransur pulih.

Para pegawai kesihatan menjangkakan trend kemasukan ke hospital yang mendatar bagi pesakit COVID-19.

Jumlah penduduk Australia yang sudahpun divaksin pula sudah melepasi 95 peratus setelah satu rekod baru dicatatkan apabila lebih satu juta suntikan sudahpun dilakukan dalam masa tiga hari.

Selain itu, 250,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudahpun disuntik sejak program vaksinasi COVID-19 diperluaskan meliputi golongan itu.
 

Sumber : Reuters/IQ/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa