Australia kecam tindakan China sekat import produknya
Australia mengecam tindakan China menyekat import produknya ke negara itu.
Suasana di Australia. (Gambar: AFP/Saeed KHAN)
SYDNEY: Australia mengecam tindakan China menyekat import produknya ke negara itu.
Menteri Perdagangan Australia, Simon Birmingham berkata tindakan "agresif" China itu akan menggugat keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global daripada pandemik COVID-19.
China sudah menguatkuasakan tarif import ke atas barangan Australia termasuk arang batu, daging dan bijirin barli.
Pertikaian dagangan antara kedua-dua negara diburukkan lagi apabila China menaikkan cukai sehingga 212 peratus ke atas wain Australia.
Beijing mengatakan sekatan terbaru itu bertujuan melindungi industrinya sendiri.
Ketegangan dalam hubungan kedua-dua negara meningkat sejak Australia mendesak agar siasatan diadakan untuk menentukan punca penularan COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.