Australia, Jepun meterai perjanjian kapal perang berbilion dolar
Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun, JS Kumano, sebuah frigat kelas Mogami dilihat di Yokosuka, selatan Tokyo, pada 23 April 2025.(Kyodo News melalui AP)
Di bawah perjanjian yang diumumkan tahun lalu dan disifatkan sebagai salah satu perjanjian eksport pertahanan terbesar Jepun sejak Perang Dunia II, Australia akan membayar AU$10 bilion (S$9.1 bilion) sepanjang tempon 10 tahun akan datang bagi memperoleh kapal-kapal perang tersebut.
Menteri Pertahanan Jepun Shinjiro Koizumi menghadiri majlis pemeteraian kontrak untuk menghantar tiga kapal perang pertama di bawah perjanjian itu, menurut kementerian pertahanan Australia.
"Ini merupakan pemerolehan terpantas untuk Tentera Laut Diraja Australia pada masa aman," kata Menteri Industri Pertahanan Australia, Pat Conroy.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan rakan industri Jepun dan Australia kerana kami memperoleh salah satu frigat tujuan umum yang paling canggih, jika bukan yang paling canggih, di dunia," tambahnya.
Australia sedang berusaha untuk mengembangkan armada kapal perang utamanya daripada 11 kepada 26 dalam sedekad akan datang.
Mitsubishi Heavy Industries diberikan tender ke atas Thyssenkrupp Marine Systems Jerman.
Kapal perang kelas Mogami ialah frigat halimunan canggih yang dilengkapi dengan pelbagai senjata yang hebat.
Jepun sedang memperdalam kerjasama dengan sekutu-sekutu Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik yang, seperti Tokyo, terlibat dalam pertikaian wilayah dengan China.
Kedua-dua Jepun dan Australia merupakan ahli kumpulan "Quad" bersama India dan Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.