Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia jangka lonjakan kes COVID-19 jelang musim sejuk

Anggaran Waktu Membaca:
Australia jangka lonjakan kes COVID-19 jelang musim sejuk

Penduduk Sydney beratur di Pusat Vaksinasi COVID-19 pada 24 Jun 2021. (Gambar: Saeed Khan/AFP)

SYDNEY: Australia prihatin jumlah kes COVID-19 mungkin melonjak bersama dengan jangkitan selesema sedang negara itu bakal memasuki musim sejuk nanti.

Jumlah kematian dan jangkitan COVID-19 semakin meningkat di wilayah New South Wales dan Victoria.

Kedua-dua wilayah itu melaporkan lebih 30,000 kes baru dan 31 kematian.

Victoria mencatat sejarah sebagai wilayah pertama Australia yang melepasi 3,000 kematian sejak pandemik mula melanda.

Perkembangan ini berlaku kurang seminggu selepas Victoria menarik balik pemakaian pelitup di dalam bangunan dan beberapa sekatan lain.

Hampir separuh daripada angka kematian itu dicatat pada tahun ini saja.

Secara keseluruhan, terdapat lebih 7,000 kematian akibat COVID-19 di merata Australia.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menggesa semua penduduk mendapatkan suntikan selesema mereka menjelang musim sejuk nanti.

Mereka diberi amaran bahawa mereka berisiko dijangkiti COVID-19 dan selesema secara serentak.

Jangkitan serentak ini dirujuk sebagai "flu-rona".

Ketua Pegawai Kesihatan Queensland berkata jika dijangkiti kedua-dua virus tersebut, ia lebih teruk daripada dijangkiti salah satu virus berkenaan.

Beliau menambah kes-kes influenza naik seganda setiap minggu sejak tiga minggu lalu.

Sumber : Agensi berita/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan